Faktor Kejadian Banjir di Malaysia

3:04 PM

Banjir merupakan isu nasional yang kerap kali dibahaskan di dalam Dewan Negeri sepanjang tahun 2022, terutamanya selepas berlakunya banjir besar Disember 2021 yang lalu. Thought I give everyone some knowledge and insights about how flood happens. 


Faktor 1 : Banjir Disebabkan oleh Fenomena Air Laut Pasang (tanggungjawab : JPS)

Fenomena pasang surut air laut boleh menyebabkan kenaikan paras air sungai. Sejak awal penubuhan JPS, terdapat pelbagai jenis pintu air (Roller gate, screw down gate, kadang-kadang disebut sebagai Tidal Control Gate (TCG)) ditempatkan di lokasi-lokasi berhampiran laut bagi menghalang air pasang masuk ke sungai-sungai. Kebanyakan pintu-pintu air ditempatkan di Klang, Kuala Selangor & Sabak Bernam. 

Nota : Pintu air tidak pernah pecah/rosak kerana safety factor yang tinggi. Empangan contohnya, menggunakan Radial Gate yang juga direkabentuk dengan safety factor yang tinggi.

Ketika air pasang, pintu air ditutup bagi mengelakkan air laut masuk ke sungai/saliran-saliran bandar

Ketika air surut, pintu air dibuka bagi mengalirkan air-air saliran bandar keluar ke laut. 

Dalam beberapa keadaan, pam ditempatkan di pintu-pintu air yang strategik, bertujuan untuk mengalirkan air saliran bandar keluar secara paksa ke laut, bagi mengelakkan kejadian banjir disebabkan pertembungan air pasang & saliran bandar.

Nota : JPS juga bertanggungjawab ke atas projek-projek tebatan banjir dengan skop tipikal : pembinaan ban bagi menebat air sungai masuk ke kawasan perumahan. Untuk mudah fahami, air saliran yang mengalir ke sungai, ditambah dengan taburan hujan yang tinggi, boleh meningkatkan paras air sungai dan limpahan sungai boleh menyebabkan banjir kepada kawasan-kawasan perumahan yang berada berhampiran dengan sungai.


Faktor 2 : Saliran Disebabkan Pembinaan Infra (tanggungjawab : JKR)

Selaras dengan kemajuan bandar-bandar, jaringan infrastruktur semestinya dipertingkatkan. Sebagai contoh, pekan yang ingin dinaiktaraf kepada bandar akan menyebabkan pembinaan jalan-jalan persekutuan di bawah seliaan JKR. Ruang yang dahulunya tanah (yang boleh menyerap air hujan), kini ditukar kepada jalan tar/konkrit yang tidak lagi mampu menyerap air hujan. Maka, JKR juga membina parit-parit yang hanya dapat menampung air larian hujan jalan. (Parit seliaan JKR)

Nota : sila kenalpasti parit-parit anda samada parit JPS, parit JKR atau parit PBT (Majlis Bandaraya/Majlis Perbandaran masing-masing)


Faktor 3 : Banjir Kilat (tanggungjawab : PBT @ JPS, jika melibatkan sungai)

Banjir kilat merupakan kejadian yang kerap kali dialami sejak kebelakangan ini. Bagi memahami punca kejadian banjir kilat, video di bawah juga boleh menerangkan maksudnya : (oleh bekas KSU KASA, sebelum penjenamaan semula Kementerian kepada NRECC)

Nota : Bagi membezakan banjir kilat dengan kejadian alam, mudah saja. Banjir yang surut selepas 2 jam secara "rule of thumb"nya merupakan banjir kilat.. (tertakluk kepada siasatan ke atas tapak sebenar)

Bagi masalah banjir kilat disebabkan oleh saliran bandar yang tersumbat akibat sampah, further education needed untuk baiki mentaliti kelas ketiga penduduk-penduduk Malaysia..


Faktor 4 : Industri Pembinaan (tanggungjawab : PBT & Pemaju Perumahan)

Ada yang pernah bertanya, kedudukan Bandar Serenia yang lebih tinggi daripada jalan persekutuan, adakah ianya free from flood? Tidak sama sekali. Setiap projek pembinaan melalui PBT perlu mematuhi panduan seperti MSMA/PISMA/dll. Tidak pasti statistik pematuhan ke atas penguatkuasaan/penyeliaan ke atas kerja-kerja pembinaan supaya mengikut prosedur yang betul, jika pemaju sendiri curlas dalam membina rumah (bocor sana, sini, substandard works sana sini), ada kemungkinan pembinaan culvert juga merapu/mengarut/tidak dititikberatkan.. heh 

Nota : JPS bukan penguatkuasa, tetapi menyediakan Manual Saliran berkaitan untuk dipatuhi oleh pemaju..

Baru-baru ini saya ada meninjau keadaan di Bandar Serenia pada 25 Mac 2023 yang lalu, ketika hujan turun dengan lebat dan lama (kira-kira 4 jam). Tekaan saya tepat, banjir lumpur/tanah berlaku di jalan keluar dari Bandar Serenia, dan penduduk tidak dapat keluar dari rumah. Pemaju telah ambil tindakan membuka jalan kontra di laluan masuk ke Bandar Serenia kerana jalan keluar benar-benar putus. Sila perhatikan, banjir tanah seperti ini kebiasaannya disebabkan oleh construction/pembinaan.


Left side totally covered with flood, when the pemaju (Ford Ranger) came


And so pemaju arrange for jalan kontra untuk membolehkan penduduk Bdr Serenia keluar ke jalan utama

Behind escort car

Videos below :

Bagi menyelesaikan banjir di kawasan perumahan, pam (fungsi dewatering) boleh dipasang oleh PBT/Pemaju mengikut kesesuaian. Pam-pam ini kebiasaannya bersaiz kecil bagi fungsi dewatering.

Nota : Pam-pam JPS merupakan pam pam bersaiz besar (high Q) yang bertujuan untuk transport large volume of water (contoh : air sungai ke laut, takkan pakai pam dewatering 0.5Q pulak ye.. berapa ratus jam pula nak selesaikan banjir)


Faktor 5 : Kedudukan Geografi @ Kerakusan Industri Pembinaan (tanggungjawab : PBT/Pemaju)

Secara teori, air akan mengalir ke kawasan rendah (by gravity), dan disebabkan Negeri Selangor mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, ke mana pun air lari, di situ pasti ada penduduk.. maka penduduk di kawasan rendahlah yang prone menjadi mangsa banjir.. 

Bagi kes-kes pembinaan pula, saya pernah melawat ke satu kampung asal/penempatan asal (Kg Gelam, Kedah) yang berada di paras rendah disebabkan sekelilingnya membangun. Pembinaan Taman Perumahan, Kilang-Kilang yang ditambak dengan tanah oleh pemaju, menyebabkan Kg Gelam seolah-olah menjadi kolam takungan air larian hujan. Bagi pemaju, proses menambak tanah mudah dilakukan disebabkan jualan balik (sales) yang telah ambil kira/memasukkan kos tambakan tanah, pembinaan rumah/kilang dll. Manakala untuk penduduk asal, jika ingin menambak tanah, kos yang tinggi merupakan halangan, lebih-lebih lagi apabila didiami oleh orang-orang tua yang tidak lagi bekerja..


Nota : Town Planning bukan merupakan bidang saya, sila ajukan soalan berkaitan faktor 4 & 5 kepada PBT masing-masing



Diharap artikel ini boleh memberi/meningkatkan pengetahuan am anda berkaitan kejadian banjir di Malaysia. Sila kemukakan soalan (sekiranya ada) di bawah, dan saya akan cuba untuk mendapatkan jawapan kepada soalan tuan/puan seperti di bawah..


Sekian, terima kasih.


tag : serenia banjir, punca banjir di malaysia, reasons for flood in malaysia

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive