Adam Rayqal & Kes Kes Kecuaian

3:51 AM


*In Malay, because its a national news*


Rata-rata mula beri komen ttg adik Adam Rayqal yang asalnya dilaporkan diculik, kemudiannya dijumpai telah meninggal dunia disimpan di dalam peti ais rumah pengasuh

Innalillahi wainna ilaihirojiun..

Salam takziah untuk ibu dan ayah Adam. Beratnya dugaan seorang ibu..

Tak sabar nak dengar statement pengasuh. Sbb kita Malaysian secara generalnya suka ASSUME, menghukum dengan senang. Asbab kematian (head injury due to blunt force trauma) masih belum tahu dari mana, di tangan siapa. Adik Adam bukan di tangan pengasuh sahaja, dan kita tak tahu banyak lagi details

Kita harus bertenang, biar siasatan berjalan hingga selesai, beri kata-kata semangat pada ibu bapa Adam.. That is the least we can do



Makcik bawang : yeke blunt trauma etc tu bukan dari pengasuh.. pengasuh tu muka pun macam s**l, elok bungkus masuk peti jugak mcm dia buat. Kalau tak salah kenapa sorokkan Adam dalam peti sejuk

(If pengasuh tak salah), well, manusia panik memang tend untuk buat yang aneh aneh..

Hati terkesan. Jujur rasa nak pengsan, especially bila imagine apa yang anak kecil tu rasa.. Macam kes culik adik Aisyah yang dijumpai selamat tapi digigit semut.. Tangisan yang tak didengar.. Itu yang buat hati ini sedih sangat. So Adam is another child. Satu lagi nyawa suci.. Apalah kisahnya..



Mak mak SAHM mula riak untuk tunjuk berhenti kerja = pengorbanan

Mak mak bekerja mula buat cadangan taska 24 jam 
(siapa pulak yang nak kerja 24jam, bertambah-tambah lagi lah pekerjaan bersyif)


Ironinya..

.. Elana juga mati di tangan pihak hospital. Tanpa reason kukuh. Kurang 24 jam Elana masih hidup, aktif. Tiba tiba dapat call bagitahu Elana tenat. Masa dikatakan tenat tu, naluri ibu kuat mengatakan Elana dah tak ada, tapi pihak hospital nak juga suami datang sama (suami dari Selangor, masa tu dalam perjalanan ke Ipoh)

Suami sampai, Elana was announced dead. Hmm..

Grief counseling dengan UD48 lagila pointless. Masa tu lagi nampak kelemahan pihak hospital. My session was already pre-booked kan, tapi bila ditanya macam macam, tak ada jawapan pasti..

"Doc, jangkitan kuman efektif dalam tempoh kurang 24 jam ke?" -"tidak"
"Jangkitan tu dapat dari mana (kan anak dalam incubator all the time)" -"dah saring peralatan secara rawak, semua ok, masih tak pasti punca jangkitan"
"Macam mana nak tahu kalau2 pihak hospital yang cuai? (entah entah Elana lemas?)" -"eh, kita ada etika"

Bosan kemudiannya, aku tanya lagi,

"Doc, anak saya jenis darah apa ye (fail ada di tangan UD48)" -"(lepas membelek) erm, saya rasa mungkin O (darah ibu)"

Erk. Come on, basic info ja..

Bila aku nak salinan medical record/history Elana, UD48 tanya "Untuk apa?"

Me, monolog : Eh, sukahati lah untuk letak dalam frame ka, insurans ka, kan mmg boleh beli.. kueytiow betul..

Jadi aku pulang dengan kekecewaan. Berkali kali juga ditepuk UD48 tu sambil beliau mohon maaf jika ada salah silap dari pihak hospital. Aku geleng-geleng, hati keras tak mungkin memaafkan (kalau cuai dari pihak sana)

Trauma? Rasanya kalau boleh gila memang nak pilih untuk gila. Kalau boleh memang tak mahu lagi pergi ke hospital kerajaan 😐. TRAUMA, yes.. Belum tambah pengalaman sendiri nampak baby lemas muka biru (Alhamdulillah, Muhammad masih panjang umur berjaya bernafas semula selepas CPR) tapi teringat-ingat ayat SN masa tu;

"Muhammad, macam mana boleh tercabut ni Muhammad.."

Me : (monolog) Astaga sisthurrrr, dia kan baby. Naturally he is constantly moving so kalau alat tu slipped ke normal lah. Ini kan NICU. Pantaula lebih kerap.. 

Kalau tak kerap pantau bukan NICU lah. Panggil wad biasa ja cukup.. zz



Semoga siasatan kes Adam Rayqal akan cepat selesai, untuk beri ibu Adam jawapan (closure).. Jujur juga aku masih terkesan dengan kehilangan Elana sebab masih tak puas hati dengan jawapan pihak hospital, with many doubtful details..

Anyway not saying ibu Rayqal pernah cuai, sampai kehilangan Rayqal, sebab that means I mustve done silap juga sampai Elana pula meninggal dunia..

No parent deserved a child loss. Its a greatest heart ache ever 💔

Jangan juga kata ajal maut di tangan Tuhan kalau cuai di tangan manusia.. habis kalau memang kita hempuk, sebat anak kecil berkali kali, bila kata belum ajal, budak tu akan jd badang ka.. zz



Balik kepada solution, I cant think of anything yet. Taska 24 jam? Mudahkan urusan maid? Masih boleh cuai.. dan ikut nasib badan

Penah beritahu suami, kerja hospital lebih senang although syif, hari-hari masih balik rumah. Engineers yang outstation -separated from anak for days?

Mungkin ada yang tanya, kenapa nak kerja? Suami mampu, duduk rumah jaga kebajikan anak jela..

I have my own reasons. I was brought up by a working mom. Personally, I want to be knowledgeable. I once study hard enough to earned biasiswa, mesti nak apply knowledge bhai.. adui la soalan..

Kecik hati mak ayah ai tau.. bila labur macam-macam, end up anak tak kerja bagus bagus 😂 Mak juga memang pantang la anak tak kerja, mak suruh independent jangan sampai ditinggalkan suami (hidup atau mati), kita terkapai-kapai..


Kalau nak tahu Engineers kritikal tak, well I can say I once be part of aktiviti menyelamatkan ratusan ribuan nyawa area KL lah haha


You're welcome 😊


You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive